Mushaf Al-Quran yang kita pegang ini tak semua orang mampu memiliki. Subhanallah, benua Afrika mereka menghasilkan penghafaz Al-Quran yang sangat ramai malah antara yang teramai di dunia. Bayangkan pahala mengalir masuk daripada setiap ayat yang dibaca oleh penerima wakaf Al-Quran. Itu belum kira setiap huruf, betapa mudahnya kita mengumpul saham ke syurga.
Oleh itu, Azhar Care mengambil peluang ini untuk menyediakan platform yang memudahkan semua untuk sumbangan wakaf Al-Quran ke seluruh dunia. Melalui platform ini, penyumbang tidak perlu risau kerana platform ini memudahkan proses sumbangan wakaf saudara dengan lebih cepat dan mudah.
Al-Quran ini bakal diwakafkan kepada :
1. Madrasah
2. Surau dan Masjid
3. Sekolah yang memerlukan
Al-Quran ini juga akan diedarkan kepada negara-negara yang memerlukan seperti Kemboja, Yaman, Sudan, dan negara-negara yang mempunyai penganut islam minoriti.
Alhamdulillah dengan amanah yang diberikan tuan-puan, delegasi Al Azhar Care telah berjaya membina telaga di perkampungan Sanahir untuk kegunaan saudara kita di Sudan, Afrika.
Purata telaga bagi sesebuah kampung atau penempatan di sini adalah 1 kampung = 1 telaga.
Bayangkan serama 100-200 orang terpaksa berkongsi air daripada 1 tangki.
Insya-Allah kita cuba bantu setakat yang termampu.
Daripada Aisyah RA, Rasulullah SAW pernah bersabda:
اتقوا النارَ ولو بشقِّ تمرةٍ
“Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma.”
(Riwayat Ahmad)
Ayuh sebarkan kebaikan bersama Al Azhar Care!