“PELABURAN YANG MODALNYA SEDIKIT, TETAPI GANJARANNYA BESAR”
Mushaf Al-Quran yang kita pegang ini tak semua orang mampu memiliki. Subhanallah, benua Afrika mereka menghasilkan penghafaz Al-Quran yang sangat ramai malah antara yang teramai di dunia. Bayangkan pahala mengalir masuk daripada setiap ayat yang dibaca oleh penerima wakaf Al-Quran. Itu belum kira setiap huruf, betapa mudahnya kita mengumpul saham ke syurga.
Oleh itu, Azhar Care mengambil peluang ini untuk menyediakan platform yang memudahkan semua untuk sumbangan wakaf Al-Quran ke seluruh dunia. Melalui platform ini, penyumbang tidak perlu risau kerana platform ini memudahkan proses sumbangan wakaf saudara dengan lebih cepat dan mudah.
Al-Quran ini bakal diwakafkan kepada :
1. Madrasah
2. Surau dan Masjid
3. Sekolah yang memerlukan
Al-Quran ini juga akan diedarkan kepada negara-negara yang memerlukan seperti Kemboja, Yaman, Sudan, dan negara-negara yang mempunyai penganut islam minoriti.