Mereka solat bersujudkan tanah, berdindingkan pelepah pisang kering dan berteduh dengan kain canvas yang rapuh
Ayuh kita hadiahkan Masjid yang baharu buat mereka dengan meraih pahala saham akhirat berkekalan dengan ibadah wakaf untuk Masjid di Uganda, Afrika
Ketika Misi Ibadah Korban tahun 2024 baru-baru ini di Uganda,Afrika, kami sempat menziarahi sebuah masjid di salah sebuah perkampungan Islam.
Masjid tersebut kami lihat sangat naif kerana struktur binaannya menggunakan batang kayu, pelepah pisang yang kering dan beratapkan langit. Runtun hati kami melihat keadaan masjid disana sedangkan kita di tanah air memiliki masjid yang selesa untuk orang menunaikan ibadah.
Maka dikesempatan ini, kami bertanggungjawab menyeru orang ramai yang berminat untuk bersama kami bagi menyempurnakan pembinaan masjid ini untuk merebut peluang yang dibuka. Andalah insan budiman, pemurah dan penyayang yang kami cari.
Jom bersama kami menyempurnakan sebuah masjid yang selesa agar penduduk kampung disana dapat menunaikan ibadah dengan selesa dan boleh menjalankan pelbagai aktiviti keagamaan bersama masyarakat setempat.
InsyaAllah sumbangan wakaf masjid Afrika boleh disalurkan melalui link dan akaun bank yang tertera :-
Maybank – 563028620997 (Al Azhar Care)
Rujukan : Wakaf Masjid Afrika
Kita kumpul dana sehingga cukup dan kita akan bina masjid yang indah di perkampungan Islam minoriti di Afrika
Anda Sumbang, Al Azhar Care Sampaikan